Jenis pisau sembelihan untuk hari raya korban yang perlu anda tahu


Selamat Hari Raya Idul Adha! 


Kali ini saya terpanggil di hari lebaran ni nak cerita tentang PISAU sembelih. Maklumlah, masa ni memang meriah sebab masing2 nak buat korban kan. 

Seusai menunaikan solat Sunat Aidiladha dan khutbah, sudah Pastinya mak-mak adik kakak terus pulang ke rumah untuk menyediakan juadah raya sebab ada yg berpuasa Arafah dari semalam membawa ke pagi raya ni kan.. Jadi, mee kari jadi habuan kit orang di pagi mulia ni.. Alhamdulillah

Lain pula halnya orang lelaki.. bersiap bersilat menukar baju sambil menyusun perkakasan bersedia menggalas tugas dan seruan Masjid atau jemaah qaryah untuk menumbangkan lembu2 bertuah untuk di korban pada tahun ni.. 

Bercerita tentang korban.. Perkakasan menyembelih binatang korban ni mestilah tajam dan pastinya pisau atau golok yang sudah ditempah awal dibawa untuk melicinkan assignment ni.. 

Ada pisau sembelih, pisah melapah.. Kalau nak potong tulang untuk sup2 tu, kapak lah gerangannya..

Korang tahu tak, set pisau sembelih suami saya tunjukkan baru ni berharga Rm950.. 


Lagi mahal pun ada.. Ikut brand.. 

Member dia offer la tu kabokan tu harga kawan2.. Sbb pisau ni perlu cukup untuk jalankan operasi ni.. Walau pon bukan kita yang menyembelih, tapi pisau dan peralatan kita memudahkan orang lain.. Lagi tajam lagi mudah.. Sembelihan yang baik pon dengan satu torehan sahaja kan.. Binatang korban pon tidak terseksa di saat kematian tu kan..

Setiap pisau tu ada fungsi tersendiri.

Kalau nak pisahkan isi dengan tulang pakai pisau yg halus tu. Lebih mudah . 

Kalau nak hiris daging pisau yg sederhana sedap memegang dan tajam. 

Kalau nak cincang pisau lain pulak.

Eh.. Lupa . Kapak dijual berasingan ye. 

Banyak jual boleh Google atau di lazada pun ade. 

Beli sekali bokeh guna berkali-kali.

Yg bertugas menyembelih korban siap telan coq Q plus,vitamin C, omega dan b complex supaya lebih bertenaga .. Air performance jgn lupa.. Dahaga ! 

Sekian..insya Allah tahun dpn kaki pula diberikan rezeki utk membuat korban.. Amin..

0 comments: