Masih belum terlambat utk saya mengucapkan Salam Aidil Adha kepada semua kawan..Terasa meriah berganda dgn kehadiran hari kebesaran umat Islam yg satu ini.Terasa kelainan cara sambutan pada hari mulia yg satu ini.Betapa tidak masyarakat arab amat membesarkan Aidil Adha dari hari raya Aidilfitri.Betapa tidak,lengangnya bandar metropolis ini hampir seminggu..mudah mendapat teksi..mudah bergerak ke sana ke mari.Kuliah bercuti 2 minggu.Seusai solat sunat hari raya,maka mengalirlah alur sungai kecil membawa darah binatang korban.Jenuh mengangkat kain.Namun kekecewaan tetap tidak terubat kerana sudah dua kali terlepas solat hari ray di masjid arab...huuu..takpela..Pengajian dan talaqqi terhenti seketika demi menghayati hari besar ini.Suasana yg amat ketara bezanya berbanding tanah airku Malaysia.

"salam mak,samat raye aji!watpe raye ni?bnyk ke lembu terkorban?"
"Takde watpe pon.wat bihun sup pon tak habeh.mak pon tak larat"

Namun itu bukanlah jawaban pada meriahnya AidilAdha ini.Sekalung tahniah bagi unit persembahan dan pengisian Majlis Sambutan Aidiladha 09' kerana telah berjaya menyediakan satu forum yg amat bermakna bg kami di bumi Mesir ini.Sesuai dgn suasana.......hari raya KORBAN..serta CINTA....

FORUM:KORBAN CINTA:SATU TUNTUTAN DALAM ISLAM.
Tahniah juga kepada para panel yg membentangkan forum..yg mmg hebat2 belaka..tp sedikit panjang serta keterlewatan masa membejatkan sedikit penumpuan dek kepenatan...tesentuh dgn titisan air mata Ustaz Hairul Nizam kerana menanggung rindu dan cinta pada Nabi Muhammad kesayangan umat Islam...Sollu a'la NABI...

Namun tidak ramai yg mampu membicarakan serta memberikan definisi CINTA secara tepat.Melihat pada Bicara cinta muda mudi kini selalunya berbaur lucah,unsur sex serta pergaulan bebas..hakikatnya itulah yg di fahami oleh mereka di luar sana.Apa pula peranan kita azhari dalam mengubah perspektif CINTA ciptaan zionis ini.

Dari inti forum ini..dapatlah saya simpulkan bahawa cinta sesama manusia harus di mulakan hanya dengan pernikahan yg sah..permulaan yg baik seharusnya menghasilkan buah yg baik.Kasih sesama manusia itu pula adalah yg sepatut dan selayaknya bg seorang hamba utk di berikan pada hamba Allah yg lain begitu juga makhluk yg lain.

Satu point lagi ialah kemuncak CINTA itu adalah mengiring menyatukan CINTA RASUL ALLAH MUHAMMAD DAN CINTA ALLAH SWT..bilamana kamu menyintai Nabi saw..maka kamu juga menyintai Allah swt..tidak susah dan tidaklah payah.Hanya mereka yg mempunyai akal yg rosak serta hati yg hitam shj akan meneruskan CINTA tanpa naungan pencipta..

Bagaimana korban HABIL dan QABIL pada Rabbnya..Bagaimana CINTA Habil dan Qabil yg memilih Tuhan dan IKLIMA..
Bagaimana seorang anak bernama Ismail meng'KORBAN'kan diri pada Rabbnya..memberi CINTA pada ayahanda Ibrahim..

SETIAP PERISTIWA SEBABNYA ADALAH PANDANGAN
KOBARAN API BESAR BERMULA DARI PERCIKAN
BERAPA BANYAK PANDANGAN
YANG MENGENAI HATINYA
SEBAGAIMANA SASARAN PANAH ANTARA BUSUR DAN TALINYA

SELAMA SESEORANG MEMILIKI MATA
YG DI BELALAKKAN KE SEMUA MATA
BEERTI IA TENGAH MENYONSONG BAHAYA...


Buat sahabatku....MASIDAS dan juga MASYITAH.yg bakal memanggung CINTA ..smoga berbahagia akhir hayat...sory kalo xsempat datang ok..miss u all dude!!

Aahh..hari raya KORBAN yg indah pada tahun ini....