Ramai yg mula minat nak cuba skin care Shaklee..tp yg mane satu?Nutriwhite atau Enfuselle? Pastikan anda membuat pilihan yg betul2 sesuai dengan jenis kulit dan masalah kulit anda..

ketahui kedua-duanya dan kesesuaiannya dengan kulit anda:

1)SKIN CARE NUTRIWHITE - lebih sesuai utk kulit normal tanpa sensitiviti dan jerawat yang teruk sbb ianya berfungsi lebih kepada mencerah, dan kandungan vitamin C yg tinggi tak sesuai utk kulit yg sensitif dan berjerawat teruk. Antara product2 Nutriwhite :

- Gentle Deep Foaming Cleanser :
  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
  • Lembut dan menyegarkan

- Soothing Radiance Whitening Softner :
  • Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
  • Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan
  • Marshmallow melembapkan
  • Ianya sangat berkesan

- Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 :
  • Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran

- Daily Defence Whitening Essence :
Cara yang menyenangkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan berseri yang diformulasi dengan:
  • Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
  • Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
  • Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam
  • Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari
  • Di samping itu, Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah
  • Lembut dan mudah diserap oleh kulit

- Overnight Renewal Whitening Cream :
  • Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
  • Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
  • Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
  • Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
  • Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri

- Gentle Action Makeup Remover :
  • Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
  • Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
  • Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
  • Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri

- Spot Whitening Treatment :
  • Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
  • Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
  • Cats Claw menegangkan kulit
  • Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih halus


2) SKIN CARE ENFUSELLES - Sesuai pd yg berumur 25 ke atas atau yang punya masalah kulit berminyak, terlalu kering, dan sensitif..untuk memudahkan anda membuat pilihan, 2 kategori product Enfuselles :

(i) Normal to Dry Skin :  sesuai utk mereka yg mempunyai kulit yang kering dan sensitif..terdiri daripada :

1) Hydrating Cleansing Lotion :
Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
  • Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik
2) Hydrating Toner :
Meneutralkan Tindak Balas Yang Boleh Merosakkan Kulit
Hydrating Toner melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
  • Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan kamomil
3) Hydrating Moisturizer :
Melembapkan Kulit Sehingga 24 Jam
Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta.

Terbukti secara klinikal:
  • 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
  • Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam
  • Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
  • Hipoalergenik
4) Eye Treatment :
Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara

Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.

Terbukti secara klinikal:
  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.

(ii) Normal to Oily Skin - sesuai utk kulit berminyak dan berjerawat serta sensitif..Ianya terdiri daripada :

1) Purifying Cleansing Gel :
Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.

  • Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik

2) Purifying Toner :
Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida

Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.

  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
  • Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
  • Membantu mengawal kulit berminyak
  • Hipoalergenik

3) Balancing Moisturizer :
Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit
Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.

Terbukti secara klinikal:

  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
  • Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
  • Hipoalergenik

4) Eye Treatment :
Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara
Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus

Terbukti secara klinikal:

  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.


sumber : Shaklee Malaysia
Mitos mengenai Penyusuan Susu Ibu

Dapatkan maklumat yang betul mengenai penyusuan susu ibu supaya anda dapat menentukan apakah yang terbaik untuk anda dan bayi. 
 Oleh Prof Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan


Penyusuan susu ibu merupakan topik hangat dan kebaikannya sering ditekankan di media. Namun begitu, mitos yang berleluasa mengenai penyusuan susu ibu. Salah tanggapan mengenai penyusuan susu ibu adalah berbahaya kerana ia mendorong anda membuat keputusan yang kurang wajar. Artikel ini memberi penjelasan yang sebenarnya kepada anda:

“Ramai wanita tidak menyusukan bayi dengan susu ibu dan anak mereka masih membesar dengan sihat!”

Ya, jika dilihat dari luaran sahaja…tetapi bayi yang tidak menyusu susu ibu sebenarnya lebih terdedah kepada penyakit dan alergi seperti ekzema, rinitis alergik dan asma. Sesetengah kajian menunjukkan bayi yang tidak diberikan susu ibu lebih berisiko untuk mendapat diabetes dan obesiti apabila membesar kelak. 

  “Payudara saya kecil. Rasanya mungkin tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi”

Saiz payudara ditentukan oleh tisu lemak, yang tidak berkaitan dengan penghasilan susu. Penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah serupa tanpa mengira saiz payudara anda.

“Tidak! Penyusuan susu ibu akan menyebabkan payudara saya kendur!”


Penyusuan susu ibu tidak menyebabkan payudara menjadi kendur;ianya disebabkan oleh faktor usia dan graviti. Malah, penyusuan susu ibu membantu anda untuk kembali kepada bentuk badan asal lebih cepat dengan membakar lemak yang tersimpan semasa hamil. Ia juga mengeluarkan hormon yang membantu mengecut dan mengembalikan rahim kepada saiz yang asal.

  “Tidakkah penyusuan susu ibu menyakitkan?”

Tidak. Meskipun ada sebilangan ibu yang mungkin rasa sedikit bengkak pada peringkat awal, tetapi keadaan ini tidak berlanjutan. Jika anda masih rasa sakit, ini mungkin disebabkan mulut bayi tidak menghisap puting dan areola dengan betul. Belajarlah untuk membantu bayi menyusu dengan cara yang betul.

“Penyusuan susu ibu menyusahkan!”

Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan dan penyediaan susu. Tambahan pula, penyusuan susu ibu boleh dilakukan bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia juga tidak melibatkan sebarang kos.

“Kenapa nak bersusah payah? Tambahan pula, saya akan kembali bekerja.”

Penyusuan ibu, walaupun beberapa minggu atau bulan, akan beri manfaat kepada bayi. Mula bekerja tidak bermaksud anda perlu menghentikan penyusuan susu ibu. Penjaga bayi boleh memberi susu ibu yang sudah diperah pada siang hari dan anda boleh menyusukannya sendiri pada waktu malam.
Berikut adalah panduan ringkas tentang supplemen dari buku tulisan Dr. Bruce Miller.

 1. Multivitamin
- Perlu ada 12 vitamin dan 7 galian.

2. B complex:
-perlu ada 8 Kumpulan Vit-B untuk mendapat kesan paling baik.
-Pastikan folic asid dan biotin dibekalkan sekali.

3. Vitamin C

minima 500mg
-bersifat pelepasan masa  (sustained release)
-membekalkan spektrum bioflavonoid dalam amaun yang mencukupi.
-diuji secara klinikal.

4. Vitamin E
- Pilih yang bersifat semulajadi(d-alfa-tocoferol) ada di tulis pada botol bahagian label.Untuk sumber tiruan atau sumber kimia ("l" atau "dl" dan akan ditulis seperti ini;l-alfa-tocoferol atau dl-alfa-tocoferol).
- Pilihlah vitamin E yang dibekalkan dengan selenium. Ini kerana ia bersifat sinergistik iaitu diserap bersama , keberkesanan setiap vitamin itu saling dipertingkatkan satu sama lain.

5. Kalsium 
-Pilihlah supplement kalsium yang ada mengandungi Vitamin D dan Magnesium untuk penyerapan yang sempurna.Magnesium sangat berguna dalam mencegah kalsifikasi di buah pinggang, pundi kencing dan sendi.

Semoga ia boleh dijadikan panduan utk anda memilih supplemen yg berkualiti dan berbaloi dgn wang yg anda laburkan.

*credit: Puan Norita.

Pengenalan

G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.


Diagnosa

Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah dari tali pusat. Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi secara keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.

Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.


Gejala/Tanda-tanda

Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundice) yang tinggi dengan cepat, akibat dari hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk :
Akibat dari kurang darah
  • kelihatan pucat
  • tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
  • pening
  • degupan jantung yang laju
  • sukar bernafas
  • sakit dada
Akibat dari hemolisis 
  • jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit,
  • warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.
Jika ini berlaku, dapatkan rawatan hospital dengan segera.
Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

Ubat-ubat dan bahan-bahan yang patut dielakkan

Bagi kanak- kanak dan orang dewasa yang kekurangan enzim G6PD, mereka perlu tahu mendalami  mengenai keadaan ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas. Mereka perlu menjauhi dari terdedah kepada ubat-ubat serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis.

Hemolisis juga akan berlaku jika beliau termakan kacang parang atau menggunakan ubat gegat pada pakaian. Bahan-bahan ini patut dijauhi.

Ibu-ibu yang menyusu bayi yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat tersebut agar tidak termasuk di dalam susu ibu.
Jangkitan kuman juga boleh menyebabkan hemolisis berlaku.
Pastikan anda beritahu doktor anda sekiranya anda/anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan.

Bahan-bahan / Ubat-ubat Tertentu Yang Boleh Menyebabkan Hemolisis

Makanan dan Herba yang mesti dielakkan

  • Kacang parang (fava beans)
  • Ubat China
    • Chuen Lin
    • San Chi
    • 13 herbs
    • 12 herbs
  • Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor)
Bahan lain yang mesti dielakkan
  • Ubat gegat (moth balls)
  • Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium
Ubat yang mesti dielakkan
  • Acetanilide
  • Doxorubicin
  • Furazolidene
  • Methylene Blue
  • Nalidixic acid
  • Niridazole
  • Nitrofurantoin
  • Phenozopyridine
  • Primaquine
  • Sulfamethoxazole
  • Bactrim

 source:izieherb.net
Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Kaedahnya?
Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam
- Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunatterutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
- Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
- Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
- Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam

- Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
- Pum setiap 2-4jam sekali
- Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)

- Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)

Happy pumping!