Thursday, May 27, 2010
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani”

Akhbar Utusan Malaysia pada hari Isnin bertarikh 24.5.2010 telah menyiarkan satu rencana yang telah dikarang oleh saudara Mohd Shauki Abdul Majid, pengurus penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIEM) yang bertajuk ‘Kerajaan Tidak Menghalalkan Judi dan Arak’. Rencana itu dikarang dengan tujuan menjawab isu lesen perjudian bola sepak yang diberikan oleh kerajaan Malaysia. Di dalam rencana tersebut pengarang mendakwa bahawa pemberian lesen perjudian tersebut tidak bercanggah dengan kaedah siasah syariyyah sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w dan Saidina Umar al-Khattab.

Namun setelah diteliti dengan mendalam mengikut nas-nas al-Quran dan hadis serta kaedah syarak, rencana tersebut secara jelas tidak dapat memberikan hujjah yang benar dan didapati banyak kesilapan yang telah dilakukan oleh pengarang dalam usaha membenarkan dakwaan beliau. Secara ringkas, pengarang mahu menyamakan hukum berkaitan arak dengan hukum perjudian yang mana membenarkan sebuah negara membuka ruang aktiviti perjudian sebagaimana arak dibenarkan kepada bukan Islam berdasarkan maslahah. Di sini pihak saya akan menyatakan kesilapan-kesilapan tersebut berdasar beberapa perkara dibawah:

Kesilapan Pertama: Pengharaman judi disamakan dengan pengharaman arak

Dalam muqaddimah rencana tersebut, pengarang telah menyebut perihal pengharaman arak secara beransur-ansur (tadarruj) sebagaimana yang tersebut di dalam Al-Quran pada surah Al-Baqarah (ayat 219), surah Al-Nisaa’(ayat 43) dan surah Al-maidah (ayat 90). Tujuan pengharaman arak secara beransur-ansur adalah untuk meraikan keadaan dan suasana umat Islam pada ketika itu yang masih lagi dalam peringkat pembinaan iman. Pengarang walaubagaimana pun telah menyamakan pengharaman judi dengan arak semasa mengulas ayat 43 surah al-Nisaa’ dengan kata beliau:

“Pada peringkat kedua, Allah SWT menurunkan ayat selanjutnya, iaitu ayat 43, surah al-Nisa. Antara kandungannya ialah Allah melarang orang Islam menunaikan solat ketika mereka mabuk, sehinggalah mereka benar-benar mengetahui apa yang mereka bacakan. Pada tahap itu, arak dan judi masih belum diharamkan secara tegas.”

“Akhirnya, Allah menurunkan firman-Nya dalam surah al-Maidah, ayat 90 yang dengan tegas mengatakan bahawa arak, judi, menyembelih korban untuk berhala dan nujum adalah lebih keji dan lahir daripada perbuatan syaitan.”

Pada hakikatnya pengharaman judi tidak boleh disamakan dengan pengharaman arak dari sudut tadarruj (bertahap). Pengharaman judi sebenarnya adalah sama dengan pengharaman zina, bunuh, mencuri, merompak dan lain-lain yang mana pengharamannya datang secara terus tanpa disebut secara bertahap sebagaimana pengharaman arak kerana mudarat aktiviti perjudian amat besar kepada masyarakat berbanding arak yang mana ia digunakan juga untuk aktiviti lain seumpama tujuan perubatan oleh masyarakat pada ketika itu selain daripada minuman.

Oleh itu pengharaman sekaligus telah diwahyukan oleh Allah dalam surah Al-Maidah ayat 90. Maka jelaslah di sini pengharaman secara bertahap adalah dikhususkan untuk arak tidak termasuk judi dengan hikmah tertentu. Walaupun pengharaman judi tidak disebut di dalam al-Quran sebagaimana arak tetapi ia tidak bermakna judi dihalalkan oleh Islam sebelum dinyatakan secara jelas di dalamnya. Kalaulah kaedahnya begitu, maka perbuatan lain seperti membunuh, merompak dan berzina dikira halal sebelum diharamkan oleh al-Quran.

Kesilapan Kedua: Mendakwa dalil orang bukan Islam boleh meminum arak berdasarkan perbuatan Rasulullah s.a.w menyuruh para sahabat membayar ganti rugi (dhoman) terhadap bekas arak yang dipecahkan.

Pengarang berkata:

“Pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW, beberapa sahabat memecahkan tempat menyimpan arak milik bukan Islam. Rasulullah telah meminta supaya para sahabat berkenaan membayar diat (ganti rugi) yang jumlahnya setimpal dengan nilai barangan yang telah dirosakkan. Ini boleh dijadikan asas bahawa orang bukan Islam boleh meminum minuman yang memabukkan atau memprosesnya selagi tidak memudaratkan orang lain”

Pertama, pengarang mengistilahkan ganti rugi dengan perkataan diat. Istilah tepat yang sepatutnya digunakan mengikut ilmu feqh adalah dhoman. Kedua, hadis tersebut langsung tidak menyebutkan orang bukan Islam harus minum arak secara jelas (sorih) atau melalui mafhumnya (samada mafhum muwafaqah, mafhum mukhalafah dan lain-lain yang digunakan untuk memahami nas).

Ketiga, Rasulullah menyuruh para sahabat membayar ganti rugi adalah kerana merosakkan harta iaitu bekas-bekas yang masih boleh digunakan sedangkan yang diharamkan adalah arak bukan bekas-bekas tersebut. Bekas-bekas tersebut tiada kaitan dengan pengharaman arak.

Keempat, hukum bukan Islam meminum arak di dalam syariat Islam juga adalah berdosa dan dihisab pada hari akhirat. Ini kerana mengikut pendapat yang paling kuat di sisi para ulama, bukan Islam juga ditaklifkan dengan perkara furu’ (seperti solat, zakat dan lain) sebagaimana mereka ditaklifkan dengan perkara usul (iaitu beriman dengan Allah). Maka tiada dalil yang membenarkan atau mengharuskan perbuatan tersebut mengikut nas Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.

Cuma perkara yang membenarkan mereka meminum arak adalah berdasarkan dasar toleransi Islam itu sendiri yang membenarkan penganut agama lain yang berada dalam negara Islam melakukan aktiviti yang dibenarkan oleh agama mereka seperti meminum arak dan memakan daging khinzir. Sesebuah negara Islam itu tidak boleh menghalang mereka dalam soal tersebut. Ianya berlainan dengan judi yang tidak dibenarkan atau dihalalkan oleh mana-mana agama utama di dunia. Oleh itu Khilafah Islamiah sejak dahulu tidak membenarkan judi kerana diharamkan oleh seluruh agama di dunia.(Rujuk Ghairul Muslimin Fi Mujtama’ Islami, Dr. Yusuf Al-Qaradawi, ms 47-48, cetakan Maktabah Wahbah, Kaherah)

Seterusnya pengarang berkata:

“Namun, mereka perlu sedar bahawa perbuatan tersebut bercanggah dengan ajaran umat Islam. Jika mereka hendak meneruskan juga perbuatan itu, maka hendaklah dilakukan secara yang tidak mengganggu umat Islam seperti di tempat-tempat khusus dan tersembunyi.

Pengajaran dan pembinaan hukum Islam seperti dalam kes pengharaman arak ini amat sesuai dengan situasi yang wujud di Malaysia, iaitu umat Islam dan bukan Islam hidup bersama dalam sebuah entiti negara.”

Kemudian pengarang berkata lagi:

“Prinsip itu terkandung dalam siasah syariah. Imam Syafie r.a. dalam kitabnya Asybah Wa al-Nazair ada membincangkan satu kaedah yang bermaksud: Pemimpin seharusnya bertindak ke atas rakyatnya berdasarkan kesesuaian maslahah (kebajikan dan kepentingan umum).”

Memang diakui sekiranya bukan Islam ingin melakukan aktiviti yang dibenarkan oleh agama mereka tetapi diharam oleh Islam (seperti kes minum arak), maka hendaklah dilakukan ditempat khusus dan tersembunyi supaya tidak menyinggung perasaan umat Islam. Tetapi persoalannya, adakah perkara ini betul-betul diangkat menjadi undang-undang Malaysia atau diamalkan secara baik?

Apa yang terjadi adalah berlawanan sebagaimana yang dakwaan-dakwaan yang terdapat di dalam rencana tersebut yang berkaitan dengan arak. Kita boleh lihat sendiri arak dijual secara berleluasa tanpa kawalan, dihidangkan di dalam hotel-hotel, dijual oleh peramugari beragama Islam di dalam kapal terbang, kilang yang terbesar di Asia Tenggara dan diminum serta dijual secara terbuka oleh orang Islam sendiri. Adakah wujud satu kaedah khusus dalam Islam yang membenarkan sebuah negara menjalankan aktiviti perniagaan arak sampai ke tahap itu? Di mana maslahah yang didakwa?

Keadah yang disebutkan oleh pengarang sedikit pun tidak tepat dengan realiti yang berlaku ataupun boleh dianggap telah menyeleweng daripada maksud yang tujuan asal. Apa yang berlaku sekarang adalah satu mafsadah dan bukan maslahah. Adakah tepat sekiranya semata-mata ingin menjaga satu kepentingan kita mengundang satu kecelakaan kepada umat? Adakah sama perbuatan Saidina Umar mengutip cukai import arak dengan keadaan sekarang? Itu adalah persoalan kepada pengarang kerana saya tidak mahu membahaskan persoalan maslahah di dalam Islam secara panjang lebar kerana isu yang diulas adalah berkaitan judi.

Kesilapan Ketiga: Pengarang silap menyebut kaedah syara’

Samada secara sedar atau tidak, pengarang sebenarnya telah melakukan kesilapan dalam menyebut satu kaedah penting iaitu katanya:

“Malah dalam usul fikah juga terdapat perkara yang menekankan menangani bahaya yang khusus adalah lebih diutamakan daripada bahaya yang umum (yang boleh melibatkan kemudaratan yang lebih besar).”

Kaedah yang sebenarnya adalah berbunyi, “menangani bahaya yang umum (melibatkan masyarakat umum atau lebih besar) lebih diutamakan daripada bahaya khusus (yang bersifat peribadi dan kecil).

Bagi sesiapa yang mempelajari Fiqhul Muwazanah (rujuk Siasah Syariyyah, Dr. Yusuf al-Qaradawi, m.s 300-301, Maktabah Wahbah, Kaherah) akan memahami dengan mudah kaedah tersebut. Kaedah yang sama dalam bahasa arab berbunyi:

"دفع المفسدة العامة يقدم على المفسدة الخاصة"
“Mengelak kemudaratan umum lebih utama daripada yang khusus”

"ضحى بالمصلحة الخاصة من أجل المصلحة العامة"
“Dikorbankan maslahah khusus kerana menjaga kepentingan umum”

"يتحمل الضرر الأدنى لدفع الضرر الأعلى"
Ditanggung mudarat yang lebih kecil kerana mengelakkan mudarat yang lebih besar”

"يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام"
“Ditanggung mudarat yang khusus untuk mengelak mudarat yang umum”

Semua kaedah di atas mempunyai maksud yang hampir sama iaitu menjaga kepentingan umum diutamakan dengan menggadaikan kepentingan khusus atau mengelakkan bahaya yang lebih besar dan yang melibatkan masyarakat secara amnya perlu diutamakan dengan hanya menanggung bahaya yang lebih kecil atau khusus.(Qawaid Fiqhiyyah, Dr. Abdul Aziz Muhammad Azzam, m.s 144, Darul Hadith, Kaherah)

Pengarang berkata:

“Pada masa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, beliau pernah mengenakan cukai import ke atas minuman keras yang dibawa masuk dari luar negara. Hasil kutipan tersebut dimasukkan ke dalam sumber am negara dan dibelanjakan untuk pengurusan infrastruktur seperti jalan raya.

Ini menggambarkan suatu pemerintahan yang bijaksana apabila pengimportan najis tersebut dibenarkan dan dikawal. Maksudnya, pemerintah telah mengambil langkah memilih bahaya (kemudaratan) yang sedikit daripada bahaya yang lebih besar.”

Untuk pengetahuan pembaca, kaedah yang digariskan adalah kaedah “menanggung bahaya yang lebih ringan daripada dua bahaya atau Irtikab Akhaffu dharurain”. Maksudnya lebih kurang kaedah di atas. Selain itu, soal yang dilaksanakan oleh Saidina Umar adalah berkaitan arak dengan berdasarkan toleransi Islam dengan bukan Islam seperti yang telah saya nyatakan tadi dalam perbahasan kedua. Kerajaan Islam yang dipimpin oleh sahabat Nabi Muhammad yang agung ini tiada kena mengena sedikit pun dengan urusan perjudian.

Selain itu juga, kaedah ini juga tidak terpakai dalam isu judi kerana memberikan lesen perjudian pada hakikatnya akan menimbulkan darurat yang lebih besar kepada negara bahkan menggalakkan aktiviti perjudian di kalangan rakyat kerana mendapat ‘lampu hijau’ daripada kerajaan. Mereka juga tidak menanggung risiko penanggkapan polis.

Oleh itu, sekiranya kaedah ini ingin digunakan maka yang sepatutnya yang dilaksanakan ialah kerajaan seharusnya mengharamkan aktiviti perjudian dan menangkap mereka yang berjudi sekalipun terpaksa mengorban harta, masa dan tenaga kerana risiko pengorbanan itu lebih ringan berbanding membiarkan rakyat terjebak dengan aktiviti yang keji lagi mempunyai mudarat yang besar. Dengan itu, barulah kaedah yang tersebut di atas tepat pada perlaksanaannya sebagaimana yang disebut oleh para fuqaha’ serta kerajaan juga dapat mendidik masyarakat agar tidak terjebak dengan arak dan judi.

Kesilapan Keempat: Menqiyaskan hukum arak dengan hukum judi

Kesilapan yang paling utama dan juga tujuan utama rencana ini dikarang adalah untuk membenarkan tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi dengan membawa dalil-dalil yang mengharuskan perniagaan arak dalam negara Islam.

Maaf, saya ingin katakan bahawa pengarang belum memahami selok belok ilmu siasah syariyyah dengan baik atau memahami ilmu qawaid fiqhiyyah secara sempurna sehinggakan dalil yang dibawa untuk mengharuskan arak dijual dalam negara Islam pun banyak menyeleweng dan salah. Apatah lagi ingin menggunakan hujjah tersebut untuk menghalalkan aktiviti perjudian. Pengarang telah menyebut dalam rencana tersebut:

“Inilah persepsi yang sepatutnya difahami apabila kerajaan mengizinkan pengimportan ke atas arak, atau mengeluarkan lesen judi. Kerajaan juga tidak menghalalkan arak dan judi atau mendorong dan menggalakkan rakyatnya berjudi dan meminum arak.”

“Tegasnya arak dan judi adalah untuk mereka yang bukan beragama Islam, yang menjadikan judi dan arak itu sebagai lumrah dalam kehidupan mereka. Lagi pun undang-undang dalam enakmen syariah di setiap negeri ada memperuntukkan fasal-fasal yang menjatuhkan hukuman ke atas kegiatan dan penglibatan umat Islam dalam kes judi dan arak.”

Sekali lagi ingin saya nyatakan bahawa Islam tidak membenarkan langsung aktiviti perjudian kerana semua agama di dunia tidak menghalalkannya. Ini berlainan dengan isu arak yang mana ia merupakan hak bukan Islam untuk meminumnya dalam negara Islam kerana ia dibenarkan oleh sebahagian agama mereka walaupun Islam meletakkan piawaian tertentu untuk mengelakkan berlaku kemudaratan. Hak ini samalah dengan hak mereka untuk beribadat di kuil-kuil, merayakan hari kebesaran agama mereka dan lain-lain.

Kesimpulan hujjah yang didakwa pengarang ialah judi diharamkan bersama arak yang mana pengharamannya secara bertahap. Judi juga adalah amalan dan budaya jahiliyyah seperti arak maka hukumnya adalah seperti arak. Memberikan lesen judi pula adalah daripada satu perinsip pemimpin negara untuk menjaga maslahah umum dan menanggung mudarat yang ringan.

Setelah dijawab satu persatu maka jelaslah dalil-dalil tersebut adalah dalil rekaan yang tidak berdasarkan keilmuan yang jitu dan tidak menepati realiti. Mereka yang benar-benar mengkaji hukum dan tarikh tasyri’ sangat mudah untuk mematahkan hujjah yang dangkal tersebut.

Tegasnya, mengqiyaskan soal arak dengan soal judi dalam persoalan ini adalah Qiyas maal fariq. Sejarah Islam belum pernah mencatatkan mana-mana kerajaan di bawah mana-mana Khalifah membenarkan aktiviti judi kerana judi itu seolah-olah telah membunuh aktiviti ekonomi rakyat.

Akhir sekali, saya menyeru dan mencadangkan kepada kerajaan Malaysia supaya mengharamkan aktiviti perjudian dan menasihati kepada golongan agamawan dalam sektor-sektor kerajaan supaya berani menegur kesilapan dan bukannya mengeluarkan fatwa yang menyeleweng. Saya memohon ampun sekiranya jawapan ringkas ini mengandungi kelemahan. Wallahu A’lam.


Disediakan oleh :
Khairul Anuar Bin Ismail
Pengerusi Felo Manhal PMRAM
Salam sahabat seme..

Sekarang saya sedang bekerja sebagai tenaga pengajar di Institut Qiraati Bestari cawangan Setia Alam..semuanya berkeadaan baik.Cuma saya keluar dari kawasan Manjung tercinta..mendidik pelajar mengenali al-Quran merupakan satu kepuasan.Melihat mata-mata jernih menatap huruf hijaiyah,mengharap mereka faham.

Mereka juga mengajar aku erti sabar.Kerana tidak mudah ya mendidik mereka ini.Pelbagai ragam sejak dari hari pertama dan keempat..ya Allah...sahaja yg tahu..teringat aku 'dulu-dulu' mesti macam ni jgk..hehe..tapi sebenarnya akulah pelajar cemerlang...kerana pernah di anugerahi pelajar yg mana kedatangan 100%...hee..dtg jer la..blajonyer.. entah..tp kalo tak pandai takkanla sampai ke Mesir ye dak?

okla..setakat ini sahaja coretan ringkas pada kali ini..sbb malam ni nak balik ke Manjung cuti Maulid Nabi Muhammad SAW....

tata....
assalamualaikum...

walaupun di saat ini..masih penin2 dan 'malas2' mengemas barang...ya..sebetulnya mengemas barang kerana 9hb feb aku akan berangkat pulang ke Malaysia bertemu ayah bonda adik tercinta..namun alhamdulillah..masih berkesempatan memaut sejenak blog ini..serasa ingin mengucapkan kalam2 atau kata2 buat pembaca sekiranya ada(ada ka?)haha...

hemm..bukanlah nk berkata2 sgt pon..sekadar tulisan selamat tinggal kepada semua yg bakal ku tinggalkan..khususan Mesir..namun al-azhar aku tidak akan ucapkan selamat tinggal kerana bg ku Azhar itu 'rumah'ku...aku mengenali Universiti Al-azhar sejak dari bangku sekolah menengah di tingkatan 1 sek Raja P Taayah,Ipoh..melihat gambaran akhlak bakal penuntut(matrix al-azhar)kakak2 dan abang STA.Cita2 di pasak utk kaki ini ku jejak di Bumi Anbiya' itu.Dan kini aku bakal menjadi sebahagian darinya..Tapi tidak terasa layak utk aku menggelarkan aku siswazah dari Universiti yg mulia ini.Mungkin kerana kejahilan masih belum dapat ku tanggalkan?mungkin akhlak yang tidak berapa patut utk di jadikan tauladan?
Namun alhamdulilah selaut kesyukuran kerana di pilih Allah utk mengintai seribu rahmat dari-Nya..mengenal Azhar as-syarif.menjadikan aku manusia yg panjang akalnya..mendidik nafsunya..menghormati jiwa sendiri..memuliakan sahabat..melatih tingkat sabarku..melatih kreatif dakwahku..menguji pengorbananku..memandu waktuku..dan sebenarnya sebelum ini tujuan utama kedatangan aku bukanlah utk menambah ilmu semata-mata..tetapi mahu melepaskan kejahilanku dalam beragama..dan jihad aku adalah utk mengekalkan dgn apa yg aku ada dan aku dapat pada waktu sekarang serta menilai tambahkan lagi dgn frekuensi yg ada.

Walaupun begitu,buat rakan2 dan sahabat yg aku sayangi,ingin aku berpesan..ingin aku mengingatkan,ingin juga aku memberitahu...bahawa kalian sebenarnya adalah orang yang paling 'bertuah' di dunia..dan kalian sendiri tahu mengapa aku kata bertuah..kita tidak sama dan tidak serupa dgn mereka..namun perbezaan ini tidak menjauhkan kita dgn mereka yg lain.Cuma kita terlebih mampu dgn apa yg Allah telah lorongkan kita kini..gunakanlah peluang dan masa ini..

Buat adik2..salam perkenalan indah dari k.awe..kalian harus tabah dan tidak berputus asa.lupakah kita sekiranya kalam putus asa terbit dari bibir maka kita adalah insan yg jauh malah sengaja menjauhkan diri dari rahmat Allah swt yg Mahaluas itu..Tidaklah pemberian Allah itu hanya dengan memberi.Namun dgn tidak memberi itulah 'Allah telah pun memberi'.Intailah hikmah terselindung..Jauhkan mata dari asap-asap beracun yg sebetulnya dari syaitan yg ingin menjadikan seorang yg gugur di medan juang..ya..kalam ini jugalah yg akan mengikat diriku..

Buat sahabat2ku..tidak ternilai persaudaraan Islam ini..terima kasih di atas segalanya..moga kita bertemu di tempat dan masa yg telah di janjikan Allah kelak..Iringi permergianku dgn senyuman..semoga dgn senyum itu menjadi sebuah 'video' yang akanku kenang smpi bila2..

Kemaafan di minta..keraguan diharap jelas..hutang tidak berbaki..Ukhwah di mohon selamanya..

Salamku buat yg tersayang dan yg menyayangi..

awecomey PO-E-BER!

salam alaikum warahmatullah...

Mana mungkin yang dahulunya muda tidak tua-tua.Mana mungkin yang dahulunya cantik tidak hodoh-hodoh.Mana mungkin yang dahulunya sihat tidak sakit-sakit.Mana mungkin si kaya selamanya kaya tidak miskin-miskin.Mana mungkin yang dulunya bersistem selamanya statik di takuk lama.Suasana berubah pastinya.Yang tidak berubah hanyalah kalam Allah Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.Sebab itu maka terjadilah peristiwa-peristiwa lalu di namakan sebagai HISTORY atau SEJARAH.Biarpun sejarah itu hanyalah sekeping gambar juga sebaris kata.Ia tetap memberi pengajaran serta kenangan.Namun tidaklah semua itu sebagai alat untuk di kenang dan dibangga-banggakan.Sehingga tidak mampu mencipta sejarah baru.Lalu terjadila simtom 'dulu UMNO la bg aku kain pelekat dan kopi che nah sepeket' atau 'dulu akak-akak Mesir ni 'thiqoh-thiqoh',jilbab labuh' atau 'dulu tak pernah lagi jadi macam ni' atau 'dulu takde pelajar perubatan sekarang dah ramai'..Ada yang bernada kecewa....

Kita masih teringat yang dulu-dulu.Ya,teringat itu tidak menjadi masalah.Namun kadang-kadang kita ingin yang 'dulu-dulu' itu kekal sampai sekarang.Kita ingin 'dulu-dulu' itu tidak akan menjadi 'dulu-dulu'.Menyangka yang 'dulu-dulu' tidak akan evergreen sampai bila-bila.Tapi ternyata tidak ramai yang berada di zaman 'dulu-dulu' yang sering kita ungkapkan.Tidak ramai yang memahami mengapa kita suka yang 'dulu-dulu'.Yang selalu menyebut 'dulu-dulu' itu sahaja yang akan berada dalam kisahnya.

Inilah cabarannya sebagai pemimpin,pendakwah,doktor.Begitu juga dengan sektor-sektor yang lain yang berorganisasi.Mereka perlu memikirkan bagaimana yang 'dulu-dulu' itu tidak akan terungkap dengan nada kecewa,menyesal dan STRESS!!
Misi yang ada seharusnya memberi kefahaman tentang mengapa pentingnya 'dulu-dulu' sebelum menyuruh faham,menidakkan tanda soal,menyahkan prasangka...Malah perlu menjadikan yang 'dulu-dulu' itu lebih efisien,mesra dan di terima dengan lapang dada.

Cabaran adalah untuk tidak membina 'dinding tidak berpintu' di luar kotak pemikiran dan di selaraskan dengan 'peti besi emas yang berkunci'...that's it!

Jangan biarkan manusia jauh dari kamu
Jangan biarkan manusia terpaksa mendekati kamu
Jangan biarkan manusia memberi apa yang kamu tidak mahu
Setelah kamu memaksa mereka menjadi seperti yang kamu mahu

Fakirah ilallah........
lab aku sedang di baiki..di samping tiada kemudahan internet di BAKAN PERAK ini...waarghh..how terrible..n then..no movie..any movie are not allowed..syar'ei or not..fullstop!qoror said?or...someone said..if that so..u balik mesia u must not allow ur house any television...muwahaha..

bace buku..bace buku awe...haish...