Teringat di zaman persekolahan ku yang indah di Sek Raja Perempuan Taayah,Ipoh a.k.a SERATA..segalanya indah serta penuh warna misteri..di situlah bermulanya benih cintaku terhadap Mesir..(xknal lg al-azhar).Di situlah jugalah benih cintaku berputik terhadap guru2 serta murabbi ku yang tulus..Di situ jugalah benih cinta ku terhadap aktiviti2 yg aku gemari..sehingga keputusan exam xbrape nak di banggakan..(sbb derhaka kat cikgu kot)..di situ jugalah benih cinta kepada Allah di tanam di tarbiyah oleh murabbi serta kakak2 STA juga PERSADA(dolu2 xngam sgt ngan depa ni)..dan alhamdulillah..jln ini yg Allah mahu..jalan ini yg telah pun di mulai dan harus diakhiri..

Teringat jiwa polos kanak2 yg mudah tersentuh,mudah menerima ajaran serta mempunyai tawakal yg tinggi kepada Allah..mungkin mase tu jiwa belum ternoda dgn dunia,tidak kenal 'boy'(sbb dok dlm kandang)..sehingga apa yg di ingini akan di luahkan dlm doa..di fahami maksud(xreti doa arab)..sehinggakan apa sahaja barang yang hilang,mesti di buat solat hajat..mesti!supaya barang2 aku yang hilang dpt di jumpai..stokin hilang..solat hajat.."ya Allah..bagila aku jumpa balik stokin aku tu..ya Allah..aku dah xder stokin ya Allah.."pen hilang..seluar hilang..lagi ape?semenyer nak hilang..adoi..dok asrama mcm tula..dah tu tak reti nak jaga..


The point is'semasa solat hajat ditunaikan..aku berasa sungguh yakin dan optimis bahawasanya aku akan mendapat ape yang aku minta..esok mesti dpt balik stokin!emm..mmg dpt balik stokin tu keesokan harinya..alhamdulillah..aku begitu yakin dgn doa,yakin Allah mesti bagi..tak lame lepas tu hilang lagi sbb letak merata..tp bile dah makin reti ni kadang doa pon terbabas..minta doa mcm melepas batuk di tangga..asal doa..rabbana aatina...habis..tak nampak ape yg aku minta..buat diriku..ingatlah..'mintalah kepada Ku nescaya akan Ku perkenankan'

Jadinye ape sahaja yang di hajatkan perlulah di laku kan dlm solat khusus solat hajat..anak2 nak UPSR,PMR N SPM..org kampung buat solat hajat baca yasin..anak nak interview solat hajat..nak murah rezeki solat hajat..nak kahwin cepat pon solat hajat....

Di sini aku serta kan beberapa bingkisan doa solat hajat yang maknenye dpt di fahami(sbb tulih ikut melayu)..

DOA SOLAT HAJAT

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.Segala pujian bagimu ya Allah..Kebaikan itu utk org yang bertaqwa,tidak dimusuhi kecuali mereka yang di zalimi.Selawat dan salam utk semulia-mulia utusan dan pengakhiran segala Nabi dan kepada seluruh keluarga dan sahabat Baginda.

Ya Allah,sesungguhnya kami memohon kepada Mu agar kami sentiasa mendapat rahmat-Mu,dan memperoleh pengampunan Mu serta terselamat daripada segala dosa lantas memperolehi keuntungan daripada segala kebajikan dan medapat kemenangan dengan balasan syurga serta bebas dari seksa api neraka.
Ya Allah,jangan biarkan keadaan kami dengan noda dan dosa kecuali Kau ampunkan.Jangan biarkan kami di timpa kesulitan kecuali Kau rungkaikannya.Di timpa kemudaratan kecuali Kau singkapkannya.Mempunyai hutang piutang kecuali Kau permudahkan urusan pembayarannya.Di timpa penyakit kecuali Kau berikan kesembuhannya.Mengadu kepada-Mu kecuali Kau kabulkan doanya.Mempunyai keaiban kecuali Kau tutup keburukannya.Mendapat kesukaran kecuali Kau permudahkan urusannya.Ketika di timpa kematian kecuali Kau merahmatinya.Mempunyai musuh kecuali Kau perbaiki hubungannya.Dari di zalimi kecuali Kau melindunginya.Dari malapetaka kecuali Kau halang daripada terus berlaku.Menjadi seorang mujahid kecuali Kau bantu perjuangannyaMenghadapi peperiksaan kecuali Kau berikan kejayaannya.Ketika bermusafir kecuali Kau selamatkan perjalanan pergi dan pulangnya.Ketika membujang kecuali Kau permudahkan urusan pernikahannya.Dan daripada segala macam hajat dunia dan akhirat yg Kau redhai lalu baik pula bagi kami kecuali Kau kabulkan dan permudahkannya.Wahai Tuhan Yang Maha Pengurnia Rahmat.

Ya Allah,sesungguhnya kami memohon kepada-Mu Ya Allah,melalui perantaraan Nabi Muhammad SAW Nabi yang penuh dengan rahmat.
Wahai Nabi kami, Nabi Muhammad SAW.Semoga Engkau di limpahi dgn kesejahteraan selamanya.Sesungguhnya kami merafa'kan permohonan kepada Allah dgn perantaraan keberkatanmu bagi menunaikan segala permohonan kami(niatkan segala hajat yg ingin di pohon) Rabbana aatina fid dunya hasanah wa fil aakhirati hasanah waqinaa azaab an-naar.. (selawat ke atas Nabi Muhammad SAW)

yakinlah serta tawakal..dan perlulah bersangka baik dgn Allah...awe,najah insyaAllah...