12 Tips mudah menghafaz ayat al-Quran

Teringat kembali semasa menuntut di Universiti al-Azhar.. Semua subjek wajib hafal...
Dalil al-Quran wajib hafal

Hadis wajib hafal

Walaupun sejarah pembelajaran saya bukan jenis yang suka menghafaz namun telah dilorongkan oleh Allah utk melanjutkan pelajaran ke sana.

Hendak tidak hendak mesti ada cara menghafaz peringkat beginner atau amatur macam saya...

Semoga beberapa tips ini dapat membantu :

1- Niat Lilla hi taala
(jauhi niat nak lulus periksa/ujian)

2-Ambil wuduk

3-Solat sunat 2 rakaat

4- Menghadap kiblat dan menutup aurat

5- Sediakan al-Quran yang anda biasa lihat dan guna..dan memang suka Quran tu..

6- Pen dan buku

7- Mulakan dengan istighfar , selawat dan doa..ambil masa tenangkan diri.

8- Mulakan dgn al-fatihah seterusnya ayat yang ingin dihafaz.

9- Baca dan ulang  setiap 1 ayat yang ingin dihafaz sebanyak tujuh kali atau sehingga  lancar.

10- Mula menghafaz dan ulang lagi sehingga 7 kali.

11- Tulis ayat yang sudah dihafaz di dalam buku mengikut turutan.

12- Jika kurang ingat ulang kembali langkah 9, 10 dan 11 sehingga hafaz dengan fasih berserta tajwid.

#PENGUKUHAN

Ulang hafazan setiap waktu solat fardhu.

Semoga membantu Biiznillah.. Insya Allah

ILMU ITU CAHAYA...CAHAYA TIDAK AKAN MASUK KE DALAM HATI YANG GELAP
OLEH ITU ELAKKAN SEDAYA UPAYA MAKSIAT SUPAYA SENANG MENGHAFAZ

0 comments: