Di Jemput Allah tanpa sempat berTAUBAT satu kengerian

sms berbunyi.."salam yong,yeop Heri meninggal pagi tadi..eksiden kat KLANG.."

senyap...sunyi...mata berair..nafas terasa tidak stabil...

kalam-kalam kematian seperti itulah yang sering ingin aku elakkan sempena menghadapi peperiksaan ini.Kematian menjadi satu berita yang tidak ingin di dengari oleh kami selaku pelajar yang berjauhan dari keluarga kerana menuntut ilmu..tambahan pula jika ahli keluarga yg terdekat dan rapat..aahh...

ahh..sesak jiwa memikirkan kalau2 diri ini mati tanpa belum sempat memohon ampun kepada Allah..
ahh..semput hati ini memikirkan masih ade hati2 yg belum memaafkan..
ahh..sakit kepala ini memikirkan masih ada hutang yang belum terlangsai..

hutang puasa..hutang solat..hutang ibadat..
hutang tenaga..hutang perasaan..dan mcm2 lagi...

permergian tiba-tiba mengundang satu muhasabah tidak terhingga bg yg masih bernyawa..

dan janji Allah itu pasti buat semua anak Adam yg sudah tertulis 4 perkara sblm di beri kehidupan seterusnya iaitu Dunia Sandiwara MaDah Berhelah..

ajal,rezeki,jodoh dan mati....

tidaklah terawal dari deadline atau tarikh dan masa yg ditentukan dan tidaklah terlewat walaupun 1 saat..




كل نفس ذائقة الموت
setiap jiwa (manusia) pasti merasai mati





1)amal kebajikan apakah yg mampu kamu persembahkan di hadapan Allah kelak?

2)bagaimana pula keadaanku pada saat tibanya ajal menjemput..?
-sedang menonton wayang besama kekasih ??
-sedang meronda-ronda KLCC bersama kekasih??
-sedang duduk2 memandang EYE ON MALAYSIA
-sedang drift MITSUBISHI evolution
-sedang merempit
-sedang baca buku (alhamdulillah)
-sedang solat (alhamdulillah)

3)memikirkan tanggung jawab yang masih bertangguh sudah selesaikah?

4)apa yang harus aku jawab di hadapan Allah kelak?

5)tersenyumkah malaikat melihat aku?

6)siapa yang menemani aku dlm rumah baru ini?

7)siapa yang sanggup menyedekahkan aku cahaya di kuburan ini?

8)siapa yang sudi menziarahi pusaraku ini?

dan akhir sekali..layakkah aku untuk masuk ke SYURGA MU..


mencari Taubat di dalam sujud....

menemui Tuhan ketika ajal....

buat mereka yang masih bernyawa..jadikan setiap nafas mu itu dengan mengingati Allah swt..

jadikan setiap kali keluarnya karbon dioksida dan oksigen yg disedut itu terselit Allah swt..

jadikan turun naik dadamu itu dengan nada Allah swt..

jadilah..jadilah segala perilakumu itu hanya untuk Allah swt..supaya..

Allah tahu bahawa kamu seorang yang bersyukur di atas nikmat kehidupan ini..


NGERI MEMBAYANGKAN HIDUP DI AKHIRAT TANPA SEMPAT BERTAUBAT

0 comments: