Cara mengatasi rambut gugur yang hampir membotakkan kepala

Tiap-tiap hari sapu lantai,rambut yang gugur dah sama banyak dengan sampah.Kadang-kadang rasa nak nangis...bangun pagi kat bantal ada..sat lagi masuk bilik air nak mandi syampoo gugur lagi..dah sudah mandi keringkan nak sikat gugur lagi..

tu belum lagi ibu2 yang lepas bersalin anak baru pandai menyembur air liur rambut bukan main lagi gugur mcm kebetulan je kan..padahal rambut ibu yang gugur lepas bersalin adalah disebabkan ibu menggunakan nutrien yang lebih utk menampung keperluan semasa mengandung dan melahirkan.

cukup sebulan konsisten gugur...korang rasa??

penyebab rambut gugur ni macam2...ada yang disebabkan hormon dan obviosly adalah sebab penuaan dan ketidakcukupan nutrisi dalam memelihara folikel rambut..tak cukup baja orang kata.

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan rambut gugur dengan meriah

1- Tekanan
Setiap hari kita stress,berhadapan dengan pelbagai tekanan hidup dari bangun pagi hinggalah tidur semula.Ini menyebabkan darah tidak membawa oksigen dengan betul ke setiap bahagian termasuk bawah rambut.Jadinya cuba kawal dan urus stress dengan merancang aktiviti dengan sebaiknya.

2-Terlampau mendandan rambut
Selalu styling rambut juga membuatkan kekuatan rambut tertekan.Digalakkan rambut dilepaskan tanpa ikat jika berada dirumah supaya rambut juga dapat berehat.

3-Folikel rambut tersekat
Akar rambut yang tersumbat akibat minyak2 berlebihan.Ini akan menyebabkan rambut tidak kuat dan mudah gugur.

4-Diet tidak seimbang
Perhatikan semula apa yang kita makan seharian selama hari ini.Jika terlebih minyak , garam dan fast food fikir semula.Dapatkan nasihat pakar dalam mendapatkan pemakanan yang boleh memelihara rambut.

5-Hormon
Samaada kamu mengambil apa2 jenis pil rawatan atau pil perancang tertentu juga menyebabkan rambut mudah gugur.

Cara terbaik untuk atasi rambut gugur :

Pengambilan multivitamin yang mencukupi dan betul adalah asas kepada rambut sihat di samping mengamalkan gaya hidup sihat dan senaman tertentu dengan kerap.

Pengambilan protein juga sangat penting bagi membina semula sel-sel yang sudah tua dan mati dengan segera supaya rambut baru tumbuh dengan cepat.

Begitu juga dengan vitamin B yang mengawal stress supaya tidak memberi tekanan pada salur darah yang membawa oksigen di bawah akar rambut.

Kepentingan kolagen yang tidak boleh disangkal lagi bagi menguatkan akar rambut dan membuatkan rambut lebih bersinar.

Produk rambut yang betul juga memberikan kesan.Pastikan anda menggunakan produk yang dijamin tidak menggunakan bahan kimia berbahaya secara berterusan.

SET RAMBUT GUGUR

ENERGIZING SOY PROTIEN
VITALEA
B COMPLEX
KOLAGEN
SET PENJAGAAN RAMBUT PRO SANTE

Utk nasihat dan pembelian produk boleh hubungi
HAWA
PENGEDAR SHAKLEE SERI MANJUNG
0106300503


0 comments: