Dari pagi 8hb 12 Ramadan sehinggalah ke jam 2 pagi 9hb ini sorotan cerita berkisar tentang adik Syahid Bazli Hazwan yang pergi menghadap ilahi setelah bertahan hampir 8bulan menentang kanser lymphoma.
Dan sepanjang itulah air mata ini tidak berhenti membayangkan situasi mereka agak mirip dengan perjalanan anakanda Muadz rahimahullah.
Jika bintangsyurga Syahid bertarung kanser.. Anakanda Muadz bertarung mengisi nafas2 yg lompong diruangan peparu sebesar penumbuk semenjak lahir.Mesin pernafasan bypap,ventilator tidak terlepas sehinggalah ke akhir hayat.
Tidak bebas memangku anak kesayangan kerana 'paip' yang menghalang.Paip yg melindungi kecomelan senyuman teruna idaman bidadari syurga itu.Bibirmu yang merah bak delima.Hidungmu yang mancung.
Diagnos awal hanyalah stenosis sebelah paru kanan tapi bukan masalah major.Selepas dilahirkan secara ceaserian terus dibawa ke NICU Hospital Seri Manjung. Dua minggu kemudian dirujuk ke IPHKL.Ditempatkan selama 2 bulan di KK9 dengan pelbagai cadangan yg diluar otak kami.
Anak puan akan dirujuk ENT
Anak puan akan menjalani tracheostomy
Dan dalam kebingungan kami dibawa 'melawat' bayi yg sudah di operasi.
Setiap minggu berulang alik dari Manjung ke IPHKL dalam keadaan berpantang diatas highway.Ibu juga tidak lupa membawa bekalan susu penuh kasih dan harap dapat memberi tenaga utk Muadz lebih kuat.
Mulut dan hati ini tidak putus berdoa. Tangan ibu ini selalu basah.. Nervous barangkali.. Kerana tak tahu apa pula cadangan doktor. Doa setinggi2 doa akhirnya anakanda Muadz tidak perlu tracheostomy.
Sebenarnya cerita2 antara kami dan doktor kami rahsiakan dalam genggaman kami suami isteri. Tidak mahu keluarga lain turut risau. Dan tidak ada kenalan yg tahu kami sedang dilanda ujian sehinggalah Muadz berumur 3 bulan.
Sepanjang 2 bulan di KK9 kami melihat siri anak syurga dipanggil pulang menghadap ilahi sebanyak 2 kali!
Kaki dan tangan ini menggeletar.. Mengumpul kekuatan sambil Mulut dan mata sudah tak seiring melihat mereka pergi satu persatu sambil melihat anak sendiri.
Oh Muadz... Andai ibu boleh jadi pengganti ibu rela sayang.. Teringin sangat ibu mahu memangku Muadz apakan daya.
Sehinggalah episode jangkitan kuman, ICU, Intubate beberapa kali... Dan akhirnya ibu dan baba mendoakan semoga Allah memberikan yg terbaik utk Muadz.
Jawapan Allah adalah ibu kena redha pulangkan Muadz!
Dan panggilan jam 6 pagi dari pihak Hospital Seri Manjung telah menjadi titik noktah di atas segala keperitan Muadz yg bertahan demi untuk ibu menunaikan amanah.Jantung berdegup laju, tangan ibu sejuk dan basah.Kaki melangkah tapi tidak terasa pijakannya dimana.
Muadz bertahan selama 8 bulan 2 minggu demi menghadiahkan ibu sebuah senyuman yg menjadi igauan Doktor dan nurse
Saat ibu melihat paparan respiratori yg hampir angka 50,hancur luluh hati ibu... Ibu tak sanggup lagi membayangkan lalu ibu terus keluar dan duduk berdoa dikerusi luar mengharap keajaiban berlaku.
Maaf... Muadz dah tiada...
Ku pandang suami.. Kata2 doktor itu seakan betul atau tidak dipendengaran
Sesaat selepas itu ibu hamburkan tangisan yg tiada ditahan2 selama 8 bulan ini.. Sehingga seisi wad juga menahan sebak..
Muadz.... Sayang ibu...
Muadz... Ya Allah... Air mata terus merembes keluar...
Ibu sayang Muadz... Sayang sangat..
Ibu memangku Muadz yg kaku buat kali terakhir. Ibu dodoi sementara dokumen kematian diselesaikan.
Ibu kucup pipi sejuk Muadz sebanyak yg mungkin.
Ibu usap2 kening Muadz
Ibu sendiri yang bawa Muadz ke bilik mayat untuk dimandikan.
Ibu sendiri yg bawa Muadz masuk ke rumah kita utk disolatkan..
Selamat jalan teruna idaman bidadari syurga ibu..
Setelah 3 tahun berlalu... Hanya ini yg mampu saya ceritakan... Belum ada kekuatan..
Jika berkelapangan saya akan sambung cerita terunasyurga Ahmad Adam Muadz di post akan datang..
Meminta yang terbaik dari Allah itu adalah persediaan serta pengorbanan memulangkan apa yang kita sayang
Hawa Salihah
Ibu Muadz dan Anas,seorang isteri kepada suami penyayang Ahmad Hasni juga seorang guru yang kasihkan anak bangsa. CINTA KEPADA ALLAH KASIH SESAMA MANUSIA
newsletter
Subscribe melalui emel
Sertai rangkaian newsletter kami dengan memasukkan emel anda
0 comments:
Post a Comment