5 Tips penting berpantang sendiri bagi ibu muda

Assalamualaikum wbt..

hai semua...hari ni rasanya nak tulis santai-santai lah..

akhir tahun ni agak sibuk..maklumlah mana- mana jabatan pun sibuk nak isi itu ini siapkan fail semua..saya pun kerja cikgu ..ater..pegang itu ini..fail nak isi,skpmg2,aktiviti akhir tahun,hari apresiasi,jamuan lah hape lah....mmg double la ku telan b complex,malam ostematrix segala...

okla..malam ni nak tanya la mommies kot ada yang baca ni kan...pernah tak mommies yg dah pernah berpantang sebelum ni ada orang jaga..tapi atas sebab kekangan terpaksa berpantang sendiri?

sebenarnya saya takde pengalaman berpantang sendiri.Mungkin sebab saya anak sulung cucu pun sulung,mak pun masih bertenaga dan duduk berdekatan yang berkelapangan nk jaga pantang kita.

Teringin juga nak berpantang sendiri sbb kadang-kadang tak tahan bab makan pantang mak ni...hahah..ye la..kite kan byk maklumat..tgk org lain cara makan lain dan boleh nak berkuah--kuah,berbawang2...ni ape bawang pun tak boleh...ikan bakar..nasi kosong...erkk...lama pulak tu..2 minggu tu barula boleh makan berkuah sikit..tu pun sayur sawi je la weh..sayur lain harammm...hahaha...

nikmatnya bila dpt makan sup ikan merah panas2..

hehe,,,

ok la..tips ni bukanla sbb saya pernah buat tapi pernah tgk kawan-kawan saya yg berpantang sendiri.

1.RANCANG CUTI

Ha..ramai yang nak cuba berpantang sendiri tapi end up sendiri meroyan sbb letih.
Rancang cuti sendiri dan cuti suami.Ada suami yang cuti majikan hanya beri sehari atau sememangnya suami seorang navy atau offshore lagilah penting untuk rancang cuti bersalin dan berpantang.

2.RANCANG PERSEKOLAHAN ANAK

Bagi yang berpantang ada anak bersekolah dan in case tiada suami disisi sebaiknya upah seorang penjaga atau jiran yang boleh menghantar dan ambil dari sekolah.

3.SUAMI AMBIL ALIH TUGAS

Minta tolong suami untuk uruskan anak-anak dan memasak lauk pantang dan membuat kerja rumah yang lain seperti mambasuh kain dan membuang sampah.Kalau suami tak pandai masak boleh la upah sehingga ibu mampu dan kuat untuk sediakan juadah pantang sendiri.

4.SUSUN ATUR BARANG

Pastikan susun atur barangan bayi dan ibu senang dicapai.Sebab kadang-kadang ade barang yang perlukan tidak ada ditempat yg mudah akses.

5.SABAR DAN TENANG

Ini kunci utama ibu berpantang ya.Sebab kadang-kadang apa yang dirancang tidak la berjalan seperti yang kita harapkan.Jadi jangan beratkan fikiran buat sahaja apa yang ibu mampu.Hanya ibu dan bayi lebih penting saat-saat ini.

Tips tambahan dari saya:

Jika ibu merasakan tubuh semakin tidak bertenaga dapatkan suplemen berkualiti tinggi ya.Sebab makanan berpantang memang clean dan sangat membantu kalau nak kurus tapi kurang nutrisi bagi membentu tenaga bagi memulihkan luka fizikal,luka emosi dan luka mental.

Jika ibu nak suplemen penambah tenaga boleh hubungi saya 0106300503

Antara yang saya amalkan sepanjang berpantang:

minuman tenaga ESP - sejenis protein.
B-Complex - sejenis vitamin yang mencegah meroyan
Ostematrix - boleh bagi kerehatan pada tubuh tidur lebih lena berak lawas tak sembelit
alfalfa - jamu moden kecutkan rahim dengan cpt nak penggalak susu
Lecithin - saya jenis byk susu alhamdulillah jadi nak elak bengkak susu saya pakai lecithin
vitamin C - sebab saya czer jadi saya amek megadose bagi keringkan luka..alhamdulillah takde masalah..



0 comments: