NAK KAYA?Jom ikuti tips mudah bersedekah...

Keutamaan Sedekah


Diceritakan, ketika Nabi Ayub AS sedang mandi tiba-tiba Allah SWT mendatangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis lengan bajunya agar belalang jatuh. Lantas Allah SWT berfirman, ''Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?'' Nabi Ayub AS menjawab, ''Ya benar, wahai Sang Pencipta! Demi keagungan-Mu apalah makna kekayaan tanpa keberkahan-Mu.'' 

Kisah di atas menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Kekayaan tidak akan membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta dan rezeki yang sedikit akan rasa mencukupi. Sebaliknya, tanpa keberkatan rezeki yang meskipun banyak akan terasakan sempit dan menyusahkan.

Agar rezeki yang Allah SWT berikan kepada kita menjadi berkat, Rasulullah SAW menganjurkan kepada umatnya untuk memperbanyak sedekah. Kata Rasulullah SAW, ''Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah.'' Dalam hadis lain, Rasulullah SAW menjelaskan, ''Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru, 'Ya Tuhanku, kurniakanlah?ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah'. Yang satu lagi menyeru, 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya'.''

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah SWT. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan merugi di dunia dan akhirat kerana tidak ada keberkatan. Jadi, sejatinya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab, menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkat, dan sebaliknya menahannya adalah celaka. 

Sedekah memiliki beberapa keutamaan bagi orang yang mengamalkannya.

1) Mengundang datangnya rezeki

Allah SWT berfirman dalam salah satu ayat Alquran bahawa Dia akan membalas setiap kebaikan hamba-hamba-Nya dengan 10 kebaikan. Bahkan, di ayat yang lain dinyatakan 700 kebaikan. Khalifah Ali bin Abi Thalib menyatakan, ''Pancinglah rezeki dengan sedekah.''

2) Sedekah dapat menolak bala.

 Rasulullah SAW bersabda, ''Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah bisa mendahului sedekah.'' 

3) Sedekah dapat menyembuhkan penyakit. 

Rasulullah SAW menganjurkan, ''ubatilah penyakitmu dengan sedekah.'' 

4) Sedekah dapat menunda kematian dan memperpanjang umur. 

Kata Rasulullah SAW, ''Perbanyaklah sedekah. Sebab, sedekah bisa memanjangkan umur.'' 
Jadilah tangan yang di atas


TIPS MUDAH SEDEKAH

1- Biasa untuk pecahkan duit..not 1, 5 dan 10...syiling..

2- Letakkan duit tersebut dimana anda senang capai..cth:ruang beg tangan..poket baju..kemeja..

3-Jika niat ingin memberi terus beri jangan fikir-fikir ( betulke miskin dia ni? etc)

4-Jangan cari kepada siapa nak beri sebab kalau cari memang tak jumpa..Allah akan lorongkan insya Allah

5.Paling best sedekah kat mak ayah sebab...bila kita susah mesti mak ayah boleh beri lebih lagi

6.Tak percaya??

Tak mampu sedekah.....?

kita ada TENAGA
kita ada MASA
kita ada IDEA
kita ada KEPAKARAN


Jadi..sedekah dengan apa yang ada..Allah akan balas...amin..




0 comments: