Sesungguhnya cinta yang hadir ketika pandangan pertama dahulu
Bukan hadir untuk meruntuh santun peribadimu
Jauh sekali untuk mengulang sejarah keruntuhan empayar Mark Antonitte
kerana terpaut pada Sang Ratu
Jauh sekali untuk merasai majnun jiwa Qais kerana meruntun rindu pada Sang Malam
Jauh sekali untuk mengusik santunmu seperti Zulaikha yang lupa
dirinya seorang ibu pada yusufi
Tak ingin sesekali hati mengusik sebegini
Walau pernah terdetik di dalam hati
Alangkah bahagia pengakhiran seperti cinta Zulaikha pada seorang Nabi
Takdirnya bersatu dua hati
Setelah Zulaikha qudusi diri sujud bertasbih pada Ilahi
Setelah Yusuf di penjara gersang.sepi dari fitnah duniawi
Itulah ketentuan yang terbaik daripada Tuhan dalam munajat
Yusuf mengadu pohon kekuatan
Dan sesungguhnya kerana mencintai bukan bermakna memiliki
Ku teruskan jihad yang sebahagian lagi
Setelah tewas meluah isi hati kerana takut
kehilangan parah sendiri
Dan akhirnya satu jawapan telah pasti
mencintai bukan bermakna memiliki.
NORHASMIZA BT HASAN
FEBRUARI 09
AS-SOFIRAH,ISKANDARIAH
kepada k.miza..selamat pulang ke tanah air..selamat menabur bakti pada agama..selamat berjuang...selamat jalan!
p/s:do not forget our taekwon reunion..
DIMENSI CINTA ZULAIKHA

Hawa Salihah
Ibu Muadz dan Anas,seorang isteri kepada suami penyayang Ahmad Hasni juga seorang guru yang kasihkan anak bangsa. CINTA KEPADA ALLAH KASIH SESAMA MANUSIA
newsletter
Subscribe melalui emel
Sertai rangkaian newsletter kami dengan memasukkan emel anda
0 comments:
Post a Comment