MARAH satu tabiat..namun BUKAN FITRAH

seorang sahabat sedang tekun membancuh air milo panas di dapur..

tiba-tiba..

"cak!masak pe oi.!?" gurauan angin sepai-sepai bahasa dari seorang sahabat yang penyabar
namun,sahabat ini tersilap hari dan masa..

PANG!!tindakan refleks tanpa sedar oleh sahabat(yang sebenarnya bermasalah ketika sedang membancuh air milo tadi..)

dengan muka yang merah(xnmpak sgt sbb mmg dark brown face),terus meluru masuk ke bilik kerana merasakan tidak patut berlama2 di situ bimbang lebih banyak jurus sakti yang keluar..


hati-hati apabila anda mendapati seseorang berekspresi begini


dan sebenarnya tindakan yang di lakukan oleh sahabat kita tadi boleh dikategorikan MARAH tanpa kata2..dan banyak lagi kategori marah.

Perlulah di sini kita mengetahui punca2 terjadinya marah:

1.Mempunyai kaitan dengan stress dan tekanan perasaan lalu mencetuskan kelakuan agresif.
2.Pengaruh persekitaran yang membentuk budaya kehidupan seharian.

Lalu perkara di atas akan memudaratkan:
- individu sama ada diri sendiri atau orang lain atau kucing yang sedang lalu di hadapan serta segala makhluk ciptaan Allah yang lain.
-masyarakat setempat,sama ada Seksyen 1 hingga 9 Shah Alam atau tempat2 yang anda lalui ketika sedang marah.

Dan sepatutnya sebagai seorang yang berakal dapat memikirkan satu jalan keluar untuk menyelesaikan iaitu SABAR...
perkataan yang selalu di ungkapkan bagi menenangkan amarah seseorang..
SABAR..SABARLAA...SABAR TU KAN SEPARUH IMAN..
atau..SABARLA WEI!!TU PUN TAK LEH SABAR KER?SIKIT2 MARAH..AKU MARAH KO KANG,KO MARAH AKU BALIK..
atau SABARLA SAYANG..dan banyak lagi intonasi-intonasi mengikut karektor dan keadaan sang PEMARAH...

Dan MARAH itu sebenarnya cebisan 1/7000000000 dari api SYAITAN LAKNATULLAH..mencerobohi dan menerobos walau sebesar jarum sekalipun salur darah hamba yang kosong jiwanya,yang tidak dpt mengawal dirinya,yang menyerah diri untuk menjadi mangsa syaitan itu sendiri..


:عن عبدالله بن عمر رضى الله عنهما عن النبى صلى الله عليه وسلم قال
ما من جرعة أعظم أجرا عندالله من جرعة غيظ كظمها عبد ابتخاء وجه الله0
Daripada Abdullah bin Umar r.a Nabi SAW bersabda:
Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran yang lebih besar di sisi Allah
daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah.-Ibnu Majah

Dan ingat ye!BARAN tu seistilah sepupu dengan MARAH..namun perlu juga di ingat bahawa tidak lah tabiat ini di tolak 100% dalam kehidupan.Kerana tidak di nafikan di sebabkan marah ini sejarah dunia seringkali berulang jatuh naik kembali.Antara pemerintah yang zalim bersama rakyat di tindas.Penguasa kuku besi serta masyarakat yang kebobrokan akhlak mengundang sifat marah masyarakat yang lain untuk melakukan perubahan berani berserta REFORMASI..
Paling utama MARAHlah kerana ALLAH SWT..
1.Marah sebab musuh mempermainkan akidah Islam.
2.Memburukkan muslim yang lain.
3.Menghina ibadat orang Islam(isu org kafir bace al-Quran terkeluar dari senarai ini)
4.Ancaman jiwa dan kehormatan.

Seorang PEMARAH sebenarnya beliau berhajatkan kepada nasihat dan teguran membina.Di samping menambahkan nilai tambah iaitu ILMU dalam diri.
Dan bagi mereka yang sudah serik di herdik kembali oleh SI PEMARAH tadi perlulah beliau memaafkan serta melapangkan dada.
Ada kaedah Feqh menyebut 'TIDAK BOLEH MUDARAT DI BALAS DENGAN MUDARAT YANG LAIN'


"Dan orang2 yang menahan kemarahannya dan orang2
yang memaafkan kesalahan2 orang
dan (ingatlah) Allah mengasihi orang2 yang berbuat perkara baik"
(surah a'li-i'mran 134)
Kaedah mengatasi marah:
1-Duduk sekiranya sedang berdiri
2-Tak boleh yang no 1. silalah baring kat mane2 sbb kalo tgh berdiri itu bersedia untuk membuat tindakan agresif.
3.Jangan bercakap krn takut2 keluar perkataan yang tidak elok.
4.Wudhuk..baca Zikir bnyk2..sampai tertido..xleh jgk?
5-Tgk cite Doreamon siri 1 sampai 42..

atau spongebob HERO DI HATIKU..

Lasty,
banyak pekdahnyer berSABO nih..pase aku pon dulu ni pemarah orgnyer..penah tumbuk org..wa caya luuu!!!!tp lps tumbuk org tu aku gelak sorang2..sbb tak kene pon..haha!!
ISLAHKAN DIRI MU AGAR LEBIH BERHARGA..

0 comments: